Akauntan Negara Malaysia Datuk Dr Yaacob Mustafa menyampaikan Sijil Standard Accounting for Government Agencies (Saga) kepada Yang Dipertua MPKS Rahilah Rahmat di Lacrista Hotel, Melaka pada 29 November 2022. Foto Facebook MPKS
PBTSELANGOR

Sistem perakaunan, keselamatan data MPKS diiktiraf Jabatan Akauntan Negara

Oleh Diana Abd Wahab

HULU SELANGOR, 1 DIS:  Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) melakar sejarah apabila menerima pengiktirafan daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) hari ini.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerima anugerah sijil pematuhan Standard Accounting for Government Agencies (Saga).

“Anugerah ini pengiktirafan atas pencapaian MPKS yang mematuhi kriteria teknikal dan fungsian yang digunapakai dalam sistem perakaunan dan kewangan.

“Dua jabatan terlibat dalam menjayakan pematuhan berkenaan adalah Jabatan Perbendaharaan dan Unit Teknologi Maklumat MPKS,” katanya di Facebook.

Penarafan sijil terbabit menjamin keselamatan sistem, data dan maklumat dari aspek kerahsiaan, integriti dan ketersediaan.

Ia turut melindungi  dan memastikan data dan maklumat yang diperoleh terpelihara, lengkap dan boleh diakses pada bila-bila masa.

Pengiktirafan itu disampaikan oleh Akauntan Negara Malaysia Datuk Dr Yaacob Mustafa kepada Yang Dipertua MPK, Rahilah Rahmat dalam Majlis Anugerah Sijil Pematuhan Saga 2022 di Melaka.


Pengarang :