Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada 6 Disember 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Anwar

SHAH ALAM,  6 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Kayangan, di sini, hari ini.

Beberapa keping gambar pertemuan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dengan perdana menteri dikongsikan melalui hantaran di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office, malam ini.

Sebelum ini perdana menteri telah menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 pada 24 November lepas.

Pengarang :