Lokasi tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Batang Kali pada 16 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sultan Selangor zahir takziah, simpati kepada mangsa, waris tanah runtuh

SHAH ALAM, 16 DIS: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa amat sedih dan simpati atas tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali di Hulu Selangor, awal pagi tadi.

Menerusi catatan di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengutus ucapan takziah kepada semua mangsa dan waris keluarga yang terlibat.

Menurut kenyataan tersebut, Sultan Selangor terkejut dan berdukacita apabila diberitahu mengenai kejadian itu yang telah meragut banyak nyawa.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan 21 mangsa insiden di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali disahkan meninggal dunia setakat 7.10 malam tadi.

– BERNAMA


Pengarang :