Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj (kiri) dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin mengabadikan gambar kenangan ketika berkunjung ke London, United Kingdom pada awal November 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENDANASIONAL

Sultan, Tengku Permaisuri ucap Selamat Hari Natal

SHAH ALAM, 25 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor menzahirkan ucapan Selamat Hari Natal kepada penganut Kristian seluruh negara.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin berharap perayaan itu memupuk rasa hormat-menghormati selain mengeratkan perpaduan sesama kaum.

Baginda juga berharap keamanan, kemakmuran serta keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini terus dikekalkan melalui perayaan itu.

“Bersama-sama kita menjadikan sambutan ini sebagai sambutan yang menakjubkan dengan memperbaharui ikrar dan tekad untuk bekerja demi perpaduan dan kemakmuran negara tercinta.

“Semoga hati dan rumah anda diisi dengan kegembiraan sempena musim perayaan. Selamat Hari Krismas dan Selamat Bercuti,” titah Baginda dalam ucapan di Facebook rasmi Selangor Royal Office.

 


Pengarang :