Sungai Langat kini berada pada paras berjaga-jaga semasa tinjauan Bernama di kawasan sekitar Dengkil yang terjejas dengan banjir kilat pada 9 Mac 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Sungai Langat di Selangor lepasi paras bahaya, empat lagi amaran

 

SHAH ALAM, 11 DIS: Stesen Sungai Langat di Batu 12, Hulu Langat melepasi paras bahaya apabila merekodkan bacaan 42.65 meter berbanding paras normal 42.4 meter setakat jam 9.45 malam tadi.

Maklumat di https://publicinfobanjir.water.gov.my/ juga menunjukkan empat stesen kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berada pada paras amaran.

Lokasi tersebut ialah stesen Sungai Bernam di Kampung Sungai Selisek, Hulu Selangor pada paras 26.91 meter (normal 26.8 meter), stesen Sungai Bernam di Rimba KDR merekodkan 2.20 meter (2.00 meter), stesen Sungai Binjai di Pekan Meru pada 4.05 meter (4.00 meter) dan stesen Sungai Beranang di Pekan Beranang dengan bacaan 32 meter (31.90 meter).

Selain itu, enam kawasan pula berada paras waspada iaitu stesen Sungai Selangor di Rantau Panjang, Kuala Selangor; stesen Sungai Kandis di Kampung Jawa, Klang dan stesen Sungai Rasau di Taman Desa Kemuning, Klang.

Lokasi lain ialah stesen Sungai Buloh di Sri Aman, Kuala Selangor; stesen Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat dan Sungai Labu di Kampung Salak Tinggi, Sepang.

Hari ini JPS mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di Selangor melibatkan daerah Sepang, Petaling dan Klang sekiranya hujan lebat berterusan dalam tempoh 24 jam.


Pengarang :