Ahli Dewan Negeri Kinrara, Ng Sze Han bercakap kepada media ketika sidang media projek pembinaan laluan baharu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Puchong Jaya, Subang Jaya pada 13 Mei 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Taman tema di Puncak Alam disita, amaran buat pengendali tanpa lesen

SHAH ALAM, 13 DIS: Operasi taman tema yang berjalan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) mesti dihentikan serta-merta bagi melindungi keselamatan dan nyawa orang awam.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han turut memberi amaran kepada operator pusat hiburan dan pemilik tapak supaya tidak menjalankan aktiviti tersebut tanpa kelulusan PBT.

“Sebarang pengoperasian taman tema yang masih berjalan tanpa kelulusan PBT mesti dihentikan serta- merta. Kerajaan Negeri tidak akan berkompromi dalam soal melibatkan keselamatan dan nyawa orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas insiden kemalangan di sebuah taman tema di Bandar Puncak Alam malam tadi, beliau menegaskan operasi itu tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

Berdukacita dengan kejadian itu, Ng Sze Han berkata tindakan penguatkuasaan telah diambil MPKS termasuk mengenakan kompaun dan menyita lokasi kejadian.

Tiga pengunjung termasuk seorang kanak-kanak cedera selepas dilaporkan terjatuh daripada salah satu permainan taman tema dalam kejadian di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam.

Mangsa yang cedera terdiri daripada dua wanita dan seorang kanak-kanak ketika menaiki permainan ‘Sotong Ride’ yang sedang berpusing.


Pengarang :