Anggota bomba dan penyelamat melakukan kerja mencari dan menyelamat mangsa di lokasi tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali pada 16 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tanah runtuh: Kesemua mangsa dirawat di hospital dibenar pulang

KUALA LUMPUR, 21 DIS: Lapan mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Gohtong Jaya, Batang Kali yang mendapatkan rawatan di hospital, telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan mengenai status mangsa yang dirawat memaklumkan, mereka yang berusia antara 13 hingga 44 tahun dan menerima rawatan di Hospital Selayang, Hospital Kuala Kubu Bharu serta Hospital Kuala Lumpur, dibenarkan pulang bermula Jumaat sehingga Isnin lepas.

“Sebarang maklumat terkini mengenai perkembangan mangsa-mangsa bencana akan dimaklumkan dari masa ke masa setelah mendapat pengesahan rasmi daripada agensi yang bertanggungjawab,” menurut kenyataan itu.

Berikut senarai mangsa yang dirawat:

1. Yam Lee Yen, perempuan, 41, Hospital Selayang, dibenarkan pulang pada 17 Disember
2. Ng Wei Lun, lelaki, 13, Hospital Kuala Kubu Bharu, dibenarkan pulang pada 16 Disember
3. Mg Tan, lelaki, 34, Hospital Kuala Kubu Bharu, dibenarkan pulang pada 16 Disember
4. Sandy Cheah Hui Kein, perempuan, 32, Hospital Kuala Kubu Bharu, dibenarkan pulang pada 16 Disember
5. Tan Ei Ein, perempuan, 43, Hospital Selayang, dibenarkan pulang pada 19 Disember
6. Choo Wai Lun, lelaki, 34, Hospital Selayang, dibenarkan pulang pada 17 Disember
7. Ling Zi Xuan, lelaki, 19, Hospital Kuala Lumpur, dibenarkan pulang pada 19 Disember
8. Loh Teng Shui, lelaki, 44, Hospital Selayang, dibenarkan pulang pada 18 Disember

– BERNAMA


Pengarang :