Antara mangsa tanah runtuh yang berjaya diselamatkan berada di Balai Polis Hulu Yam Bharu dan diberi rawatan oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dibawa keluar daripada lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highlands pada 16 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tanah runtuh: Mangsa terselamat berada di balai polis, terima rawatan HKL

SHAH ALAM, 16 DIS: Mangsa yang berjaya diselamatkan susulan tanah runtuh di tapak perkhemahan di Jalan Genting-Batang Kali pagi ini ditempatkan di Balai Polis Hulu Yam Bharu.

Menurut kemas kini di Facebook Bernama, mangsa turut menerima rawatan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dibawa keluar daripada lokasi kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media sebentar tadi mengesahkan seramai 13 mangsa maut dalam tragedi yang berlaku awal pagi tadi.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan insiden tersebut membabitkan 79 mangsa berlaku kira-kira 2.20 pagi tadi.

Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan pasukan penyelamat antaranya melibatkan Unit Anjing Pengesan (K9) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Turut serta ialah Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).


Pengarang :