AGENDA NASIONAL

Tawaran permohonan pelajar ke tingkatan satu sekolah terkemuka dibuka 3 Januari

SHAH ALAM, 28 DIS: Yayasan Selangor membuka permohonan pengambilan pelajar tingkatan satu di bawah program Rancangan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 3 Januari ini.

Agensi itu memaklumkan permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan http://yayasanselangor.org.my/rkpys sehingga 15 Januari.

“Cetak borang yang diisi dengan lengkap dan hantar berserta salinan dokumen diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar Yayasan Selangor.

“Dokumen berkaitan boleh dihantar melalui pos atau serahan tangan sebelum atau pada 20 Januari 2023,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Rancangan Khas Yayasan Selangor adalah program bersama KPM bagi pengambilan dan penempatan pelajar tingkatan satu ke sekolah terkemuka di Kuala Lumpur serta Selangor selain tinggal di asrama.

Program itu bertujuan membantu pelajar miskin tetapi berpotensi cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan pelajaran kepada mereka.


Pengarang :