Ibu bapa membawa anak-anak beriadah di Pantai Remis, Jeram Kuala Selangor pada 11 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tempat perkelahan, perkhemahan di Selangor tutup seminggu mulai esok

SHAH ALAM, 16 DIS: Semua tempat perkelahan dan perkhemahan di negeri ini diarah tutup tujuh hari mulai esok.

Arahan dikeluarkan Setiusaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim yang juga pengerusi jawatankuasa pengurusan bencana Selangor.

Kira-kira jam 2.42 pagi tadi, runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter berlaku di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang kali.

Arahan Setiausaha Kerajaan Negeri berhubung penutupan semua tempat perkelahan dan perkhemahan di Selangor selama tujuh hari bermula esok. Foto Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Berikutan itu setakat 7 malam tadi, seramai 21 mangsa disahkan meninggal dunia manakala 12 lagi mangsa masih belum ditemukan.

Ketika ini kerja mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan oleh pasukan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia serta Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).


Pengarang :