DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika dihiburkan penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza pada Majlis Malam Amal Badan Amal Kasih Sayang (Bakasa) dan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (Bakat ATM) Festival Fesyen Islamik (IFF) 2022 pada 30 November 2022. Foto Facebook Selangor Royal Office
AGENSISELANGOR

Tengku Permaisuri berangkat ke majlis malam amal angkatan tentera

SHAH ALAM, 1 DIS: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke Majlis Malam Amal Badan Amal Kasih Sayang (Bakasa) dan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (Bakat ATM) Festival Fesyen Islamik (IFF) 2022.

Turut mengiringi keberangkatan Tengku Permaisuri Norashikin ke Dewan Perkasa Wisma Perwira di Kementerian Pertahanan ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Ia berjaya mengumpul dana sebanyak RM1.2 juta untuk disumbangkan kepada dua pertubuhan kebajikan Bakasa iaitu Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Afzan dan Pusat Inovasi Tengku Ampuan Afzan serta untuk tujuan Program Transformasi Bakat ATM,” tulis Selangor Royal Office di Facebook.

Menurutnya, malam amal berkenaan merupakan inisiatif Pengerusi Jemaah Tertinggi Bakat ATM, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Seri Teja Pahang Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah yang juga isteri Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang.


Pengarang :