Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (dua, kiri) bergambar bersama Ketua Perhutanan Semenanjung Malaysia Dato’ Indera Mohd Ridza Awang (kiri) dan Pengarah Perhutanan Negeri Selangor Dato’ Ahmad Fadzil Abd Majid (dua,kanan) serta Naib Canselor Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Norizah Kamaruddin (kanan) selepas melancarkan Buku “Magnificient Wild Flowers Of Selangor State Park Semangko Forest Reserve” dan “Keunikan Tersembunyi Warisan Hutan” di Hotel Sunway Resort, Petaling Jaya pada 8 Disember 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tengku Permaisuri rasmi seminar biodiversiti, lancar buku tumbuhan

SUBANG JAYA, 8 DIS: Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor berkenan merasmikan seminar Ekspedisi Saintifik Biodiversiti Diraja Taman Negeri Selangor Bukit Fraser di sini hari ini.

Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan melancar buku orkid Magnificient Wild Flowers of Selangor State Park Semangko Forest Reserve dan Keunikan Tersembunyi Warisan Hutan.

Baginda diiringi Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor Datin Seri Masdiana Muhamad pada majlis yang berlangsung di Sunway Resort Hotel di sini.

Seminar melibatkan 200 peserta bertujuan membentang hasil dapatan kumpulan ekspedisi yang melakukan penyelidikan tumbuhan di Hutan Simpan Semangko, Hulu Selangor pada 2019.

Ekspedisi melibatkan 49 peserta terdiri daripada penyelidik, pakar dan pengkaji tumbuhan berjaya mengumpul dan mengenal pasti 621 spesis tumbuhan termasuk orkid, tumbuhan hiasan dan ubatan.


Pengarang :