EXCO Kerajaan Tempatan, Ng Sze Han (tengah) yang juga Pengerusi KDEB Waste Management (KDEBWM) melihat piala yang dimenangi oleh Pengarah Urusan KDEBWM Ramli Mohd Tahir (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad selepas majlis penyampaian Anugerah International Business Review ASEAN 2022 di Hotel Sama Sama, Sepang pada 9 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Tiga GLC Selangor rekod prestasi cemerlang rangkul anugerah IBR

SEPANG, 10 DIS: Tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor berjaya merangkul Anugerah International Business Review ASEAN 2022 berikutan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan.

Syarikat KDEB Waste Management (KDEBWM) mengungguli kategori kecemerlangan korporat sektor utiliti, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (penyampaian perkhidmatan kerajaan dalam sektor rumah mampu milik) dan Tourisme Selangor (penyampaian perkhidmatan kerajaan dalam strategi promosi pelancongan).

Anugerah berprestij berkenaan disampaikan dihadapan Premier Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg pada Majlis Anugerah dan Gala Dinner malam tadi.

EXCO Kerajaan Tempatan, Ng Sze Han (tengah) yang juga Pengerusi KDEB Waste Management (KDEBWM) bergambar bersama kakitangan KDEBWM setelah memenangi kategori kecemerlangan korporat utiliti pada majlis penyampaian Anugerah International Business Review ASEAN 2022 di Hotel Sama Sama, Sepang pada 9 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han yang turut diberi penghargaan sebagai penyampai anugerah berkata kemenangan terbabit menjadi semangat untuk GLC bekerja lebih cemerlang demi keperluan warga Selangor.

“Kerajaan Negeri sangat bangga dengan anugerah ini. Ini merupakan pengiktirafan besar terhadap usaha kita,” katanya.

Majlis berlangsung di Hotel Sama-sama dekat sini turut menyampaikan 13 lagi anugerah kepada syarikat dari sektor awam dan swasta yang cemerlang.

Pada 2020, KDEBWM turut merangkul anugerah sama bersama Kumpulan Semesta Sdn Bhd (kecemerlangan korporat sektor utama pengurusan perlombongan transformatif dan lestari) dan Smart Selangor Delivery Unit (penyampaian perkhidmatan kerajaan dalam pembangunan negeri pintar)


Pengarang :