Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat India Dr Gunaraj George bersama peserta Gerak Gempur SPM 2022 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Midlands Shah Alam pada 29 Disember 2022.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Tuisyen percuma untuk pelajar aliran Tamil mulai Mac depan

SHAH ALAM, 29 DIS: Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) diperluas ke peringkat sekolah jenis kebangsaan Tamil mulai tahun depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif pembelajaran percuma itu dibuat bagi mengatasi masalah keciciran pendidikan dalam kalangan masyarakat India.

“Program tersebut dijangka bermula Mac tahun depan, mengikut kesesuaian masa. Ia memanfaatkan kira-kira 2,000 pelajar.

“Pengisian telah tersedia tetapi perlu sediakan peruntukan untuk guru-guru dan makan tengah hari untuk murid-murid. Antara sasaran kawasan dikenal pasti di Desa Mentari,” katanya selepas merasmikan majlis penutupan Gerak Gempur Sijil Pelajaran Malaysia 2022.

Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat India Dr Gunaraj George turut hadir dalam program anjuran Majlis Perundingan Masyarakat India Selangor di sini hari ini.


Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan sijil penghargaan kepada penceramah dalam majlis penutupan Gerak Gempur SPM 2022 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Midlands Shah Alam pada 29 Disember 2022.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Lebih 25,000 pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan rendah menerima manfaat PTRS sepanjang tahun ini selepas inisiatif berkenaan diperluas kepada pelajar peringkat rendah.

Dana RM7 juta disediakan pentadbiran negeri bagi menjayakan PTRS sepanjang tahun ini. Program itu mula diperkenal bagi membantu pelajar mengikut pembelajaran dalam talian ketika pandemik melanda negara.


Pengarang :