Cuaca hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2020. Foto: BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tujuh daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 7 petang

SHAH ALAM, 15 DIS: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di tujuh daerah di Selangor sehingga 7 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook memaklumkan daerah terbabit ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Menurutnya, cuaca sama turut melanda Kuala Lumpur, selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Sabah dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :