MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor dan beberapa negeri hingga jam 6 petang ini.
AGENDA NASIONAL

Tujuh daerah di Selangor diramal ribut petir hingga 2 pagi

SHAH ALAM, 12 DIS: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan di tujuh daerah di Selangor sehingga 2 pagi nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di Facebook memaklumkan daerah terbabit ialah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Menurutnya, cuaca sama turut melanda Kuala Lumpur Putrajaya dan Labuan selain beberapa kawasan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :