PBT SELANGOR

Tujuh jalan ditutup sempena Fun Colour Run MBPJ esok

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 2 DIS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menutup tujuh laluan sempena PJ Fun Colour Run pada esok pagi.

Penutupan melibatkan sebahagian laluan bermula di Dataran PJ, Jalan Penchala, Jalan Templer, Jalan Selangor, Jalan Sultan, Jalan Barat dan Jalan Barat.

“Notis penutupan sebahagian jalan bagi program PJ Fun Colour Run sempena Festival Folklore 2022 di laluan terlibat bermula 6 pagi hingga 10.30 pagi,” katanya menerusi Facebook.

Petaling Jaya International Folklore Festival (PJ Folklore) 2022 menawarkan pelbagai aktiviti dan program seni dan kebudayaan bermula 28 November hingga 4 Disember depan.

MBPJ menyasarkan penyertaan peserta dan pengunjung seramai 30,000 orang dengan pelbagai program diadakan secara percuma.

Antaranya PJ Fight Night (MMA), Pocket Show, Asian Food Festival, Pameran Busana & Jualan Pelbagai, Wayang Kulit (Pok Chu), Dikir Barat (Issey), Persembahan Kebudayaan Antarabangsa, Konsert WINGS Ceritera Rakyat dan lain-lain.

Antara negara yang terlibat dalam festival tersebut iaitu Indonesia, Korea Selatan, Filipina, Thailand, Mexico, Sri Lanka, Jepun dan Uzbekistan.

 


Pengarang :