Program R.E.A.D yang akan diadakan secara dalam talian pada 6 Januari 2023. Foto Universiti Teknologi Mara
AGENDANASIONAL

UiTM anjur program kenali dunia seni percuma secara dalam talian 6 Januari

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 27 DIS: Program R.E.A.D anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan diadakan secara dalam talian pada 6 Januari depan.

Program dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak Puncak Perdana (PTARPP) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu mengupas mengenai dunia seni dan masa depan selain kebajikan karyawan.

Pengarah projek Kenchana Wati Md Yusof berkata R.E.A.D (R-Learn E-Ducation by Activities and Discourses) adalah acara dwitahunan pelajar kursus Pengajian Seni, Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM.

Menurutnya, program bertajuk R.E.A.D: Bintang Dalam Dakapan diadakan secara percuma dan peserta berpeluang berinteraksi dengan penganjur dan panel secara langsung pada hari berkenaan.

“Pelbagai aktiviti interaktif diadakan di www.youtube.com/c/FitaTV bermula dari 9 pagi hingga 11 malam,” katanya dalam kenyataan.

UiTM menjelaskan program itu menyentuh isu karier seni selain penerbit seni dan seniman perlu dilindungi pendapatan untuk meletakkan mereka sebagai pekerja seni yang dihormati dan dihargai.

Bengkel PTAR: Searching strategy akan diadakan dari jam 9 hingga 10.30 pagi pada 6 Januari 2023. Foto Universiti Teknologi Mara

“Pelbagai acara bengkel dan bual bicara diadakan secara percuma selain peserta boleh memberikan maklum balas dalam program itu,” katanya.

Pertanyaan dan makluman boleh diajukan kepada Nur Auni Afifah di talian 011-1426 1599 atau Nik Nur Liyana 019-997 8495.


Pengarang :