Presiden dan Naib Canselornya Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman (dua, kiri) menyerahkan cenderamata kepada wakil Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) ketika lawata kerja ke Sabah pada 13 Disember 2022. Foto Facebook Universiti Selangor
AGENSISELANGOR

Unisel hasrat jalin kerjasama dengan MUIS, bantu pelajar asnaf, B40

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 14 DIS: Universiti Selangor (Unisel) sedia bekerjasama dengan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bagi menyediakan bantuan pendidikan kepada pelajar dari keluarga dan berpendapatan rendah (B40) dari negeri itu.

Pengarah komunikasi korporat Unisel berkata hasrat itu susulan pertemuan delegasi Unisel diketuai Presiden dan Naib Canselornya Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman dengan wakil MUIS dalam lawatan kerja ke Sabah, semalam.

“Menerusi pertemuan itu, Presiden dan Naib Canselor sempat berkongsi sedikit sebanyak perancangan Unisel dalam meningkatkan jumlah pelajar terutama dari Sabah.

“Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan juga turut memaklumkan Unisel kini dalam usaha terus membuka lebih ruang serta peluang kepada pelajar Sabah bagi melanjutkan pengajian dengan pelbagai tawaran menarik,” kata Hasril Abu Hassan dalam kenyataan.

Menurut Hasril, selain menawarkan kepelbagaian jurusan, Unisel turut menyediakan pelbagai kemudahan dan fasiliti pembelajaran termasuk asrama.


Pengarang :