Pasukan mencari dan menyelamat bertungkus lumus mencari mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya pada 17 Disember 2022. Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Usaha cari sembilan lagi mangsa tanah runtuh bersambung pagi ini

BATANG KALI, 20 DIS: Usaha pencarian sembilan lagi mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya dekat sini, yang memasuki hari kelima bersambung semula 8.30 pagi.

Operasi dijalankan dalam keadaan cuaca cerah melibatkan keanggotaan dan aset daripada pelbagai agensi termasuk anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9).

Semalam, operasi berkenaan ditangguhkan pada kira-kira 12 tengah malam setelah gagal menjumpai sebarang mangsa.

Tragedi tanah runtuh pada 2.42 pagi Jumaat lepas di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 61 selamat, 24 nyawa terkorban dan sembilan lagi mangsa masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa yang terlibat.

-BERNAMA

 


Pengarang :