Usahawan produk kesihatan dan kecantikan Norliza Aizul Zulkifli menerima sijil penghargaan daripada Pengarah Eksekutif Hijrah Datuk Seri Mohamad Supardi Md Noor ketika Kembara Sukses Hijrah di Bukit Jelutong, Shah Alam pada 8 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Usahawan Hijrah berpeluang menang hadiah lebih RM20,000 menerusi kempen bayar balik

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 26 DIS: Usahawan pelbagai skim Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) yang masih mempunyai pembiayaan berpeluang menyertai cabutan bertuah menerusi kempen bayar balik.

Yayasan itu memaklumkan kempen secara automatik mulai 1 Januari dan berakhir pada 18 Disember tahun depan menawarkan hadiah misteri bernilai lebih RM20,000.

“Pihak penganjur akan membuat pemantauan dari segi bayaran balik usahawan Hijrah secara mingguan atau bulanan melalui sistem IT Hijrah.

“Peserta yang layak menyertai cabutan bertuah diambil berdasarkan usahawan yang membuat bayaran balik secara mingguan atau bulanan secara konsisten tanpa sebarang tunggakan,” maklum Hijrah di Facebook.

Hijrah memaklumkan cabutan mengikut dua kategori iaitu pembiayaan RM30,000 bagi kategori satu ke bawah dan pembiayaan RM31,000 ke atas (kategori dua).

Cabutan kempen menerusi Facebook Live dan Youtube Hijrah dilaksana dalam dua sesi pada 27 Disember bagi kategori satu dan 28 Disember 2023 untuk kategori dua.

Untuk pertanyaan lanjut, usahawan terlibat boleh menghubungi Hijrah di talian 016-912 1692.


Pengarang :