Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Bandar Utama membelanjakan RM19,870 bagi membina dua gazebo baharu di Sekolah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 4, Petaling Jaya bagi mengantikan unit lama yang hampir roboh. Foto Facebook Jamaliah Jamaluddin
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Wakil rakyat belanja hampir RM20,000 bina dua gazebo bantu sekolah

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 8 DIS: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Bandar Utama membelanjakan hampir RM20,000 bagi membina semula dua gazebo di Sekolah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 4, Petaling Jaya.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata gazebo yang siap sepenuhnya pada 1 Disember bagi mengantikan unit asal yang usang dan hampir roboh.

“Kedua-dua gazebo itu dibina semula (mulai 9 November) dengan kos RM19,870 menggunakan peruntukan Ahli Dewan Negeri untuk projek kecil.

“Saya berharap gazebo berkenaan lebih kondusif untuk digunakan sebagai pondok bacaan dan sesi ulang kaji para murid,” katanya ketika dihubungi.

Gazebo baharu berkenaan dibina menggunakan kayu yang lebih kukuh berbanding unit lama yang dibina menggunakan buloh.

Keadaan gazebo asal di Sekolah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 4, Petaling Jaya usang dan hampir roboh. Foto Facebook Jamaliah Jamaluddin

Pengarang :