Ahli Dewan Negeri Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
ADN SELANGOR

Warga Bandar Utama dipelawa mohon baucar beli-belah sempena Tahun Baharu Cina

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 19 DIS: Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama dipelawa memohon bantuan baucar sempena Tahun Baharu Cina 2023 sebelum 9 Januari tahun depan.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata permohonan dibuka kepada pengundi di kawasan tersebut yang menyambut perayaan serta mempunyai pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah

“Penerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) atau Skim Mesra Usia Emas (SMUE) tidak layak momohon,” katanya di Facebook hari ini.

Menurut Jamaliah, hanya seorang pemohon yang layak menerima baucar bagi setiap keluarga dan pemohon perlu menyertakan salinan kad pengenalan serta penyata gaji.

“Kuota adalah terhad dan hanya permohonan lengkap akan diproses. Maklumat lanjut boleh menghubungi talian : 03-7726 0441 atau 011-3934 1073 (Whatsapp),” katanya.

Borang permohonan boleh dimuat turun melalui : tiny.cc/CNY2023BU.


Pengarang :