AGENSISELANGOR

Yawas buka kaunter bantuan masuk sekolah di DUN Kajang hujung minggu ini

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 8 DIS: Orang ramai boleh membuat serahan permohonan Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) 2016 Si Manja Tawas hujung minggu ini di Pusat Khidmat Rakyat DUN Kajang, Metro Avenue 1.

Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menerusi Facebook memaklumkan kaunter serahan dibuka jam 10 pagi hingga 4.30 petang dan menyarankan ibu atau bapa sahaja yang hadir bagi mengelakkan kesesakkan.

Selain itu, Yawas juga mengingkatkan orang ramai supaya muat turun aplikasi di telefon pintar untuk mendaftar pengenalan diri dan kata laluan untuk urusan penebusan PBMS bagi ahli 2016.

Tawas yang diuruskan Yayasan Warisan Anak Selangor dilancarkan secara rasmi sempena sambutan Ambang Merdeka peringkat Selangor pada 30 Ogos 2008.

Program ini terbuka kepada anak kelahiran Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga perlu dilakukan sebelum anak berusia tiga tahun. Ahli Tawas menerima RM1,500 apabila mencapai usia 18 tahun kelak.


Pengarang :