AGENSISELANGOR

Yide ajak orang ramai berinfaq melalui potongan gaji

SHAH ALAM, 27 DIS: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) mengajak orang ramai berinfaq melalui perkhidmatan potongan gaji.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, setiap sumbangan layak mendapat pengecualian cukai sebanyak 10 peratus daripada pendapatan agregat.

“Yide memudahkan anda dan kakitangan untuk berinfaq! Hubungi Yide sekarang untuk berinfaq melalui perkhidmatan potongan gaji,” katanya.

Infaq melalui potongan gaji boleh dilakukan melalui aplikasi infaqYIDE atau menerusi pautan https://pay.infaqyide.com.my/institusi/yayasan-islam-darul-ehsan.

Yide merupakan anak syarikat dibawah seliaan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang bertanggungjawab dalam pengurusan hal ehwal anak yatim di negeri ini, pengurusan sumbangan musibah dan perkhidmatan hemodialisis.


Pengarang :