Eksekutif Kebajikan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Muhammad Zubair Azizan (kanan) menyampaikan bantuan kepada salah seorang mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Orang Ramai Dengkil, Dengkil pada 30 November 2022. Foto Facebook YIDE
AGENSISELANGOR

Yide bantu 40 mangsa banjir berlindung di pusat pemindahan Dengkil

SHAH ALAM, 1 DIS: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyalurkan bantuan kepada 40 mangsa banjir daripada 12 keluarga di Sepang dekat sini, semalam.

Agensi memaklumkan bantuan pek kasih menerusi skuad prihatin Yide itu disampaikan Eksekutif Kebajikannya Muhammad Zubair Azizan kepada mereka di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Dengkil.

“PPS ini dibuka kelmarin (Isnin lalu) selepas beberapa kawasan di daerah ini ditenggelami air.

“Kita mendoakan agar mangsa tabah dalam menghadapi ujian Allah dan mengharapkan dijauhkan daripada musibah banjir yang besar,” katanya menerusi Facebook.

Yide merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang menyalurkan infaq dan sumbangan tersebut telah diagihkan kepada golongan memerlukan.

Mereka yang berminat menghulurkan infap bagi membantu mangsa musibah boleh berbuat demikian menerusi https://yide.com.my/donations/infaq-dana-musibah/


Pengarang :