Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) ketika beredar dari Pusat Dagangan Dunia (WTC) selepas menghadiri mesyuarat Ketua-ketua UMNO Bahagian, hari ini. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Zahid dilantik TPM 1, Fadillah TPM 2 (SENARAI 28 MENTERI)

KUALA LUMPUR, 2 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelantikan dua timbalan perdana menteri serta 28 jemaah menteri yang menganggotai Kabinet kerajaan perpaduan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) masing-masing dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Pengumuman barisan Kabinet di Putrajaya pada kira-kira 8.20 malam itu disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen serta platform media sosial dan turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar, 75, turut memegang portfolio Menteri Kewangan.

Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 Nov lepas. – BERNAMA

 

 

 

 


Pengarang :