Anggota Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersama wakil masjid, surau dan sekolah yang menerima bantuan bagi membeli keperluan di institusi berkenaan pada 7 Disember 2022. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Zakat Selangor agih RM294,000 sedia keperluan di masjid, sekolah

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 8 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) semalam mengagihkan RM294,000 kepada institusi agama dan pendidikan negeri ini untuk menyuburkan dan memperkasa syiar Islam.

Menurut agensi itu di Facebook, bantuan meliputi karpet masjid dan surau serta peralatan sekolah, yang diserahkan kepada 11 penerima mewakili institusi berkenaan.

“Alhamdulillah, selain membantu individu asnaf, Zakat Selangor juga berperanan membantu institusi agama di Selangor.

“Semoga bantuan ini memberi manfaat kepada institusi agama, institusi pendidikan dan ummah dalam menyuburkan syiar Islam di Selangor khususnya,” kata LZS di Facebook.

Penyerahan cek disampaikan Pegawai Tadbir Agama Sepang Zamzuri Ruslan disaksikan Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Agihan Daerah Zainuddin Johari di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.

 


Pengarang :