Petugas kesihatan Klinik Selcare melakukan ujian calitan ke atas peserta program Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Alamanda Seksyen 20, Shah Alam pada 28 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

101 kes baharu Covid-19 semalam, tiada kematian direkodkan

SHAH ALAM, 25 JAN: Sebanyak 101 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam dengan satu daripadanya adalah kes import, menjadikan kes keseluruhan kepada 5,035,073.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, tiada kematian direkodkan akibat wabak itu pada Selasa.

Perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 36,932, lapor Sinar Harian.

Kes sembuh dicatatkan pula adalah 315 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,988,143 kes.

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 kini direkodkan 9,998 dengan 9,635 atau 96.4 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Tiada pesakit yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) sementara 351 pesakit dirawat di hospital dengan 12 daripadanya di unit rawatan rapi (ICU).


Pengarang :