Yang Dipertua MPHS Mohd Hasry Nor Mohd (tengah) bergambar bersama 23 ahli majlis baharu selepas majlis angkat sumpah di ibu pejabat pihak berkuasa berkenaan di Hulu Selangor pada 3 Januari 2023. Foto Facebook MPHS
PBTSELANGOR

11 muka baharu antara 23 ahli majlis MPHS angkat sumpah hari ini 

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 3 JAN: Orang Besar Daerah Hulu Selangor Y.D.M Raja Dato’ Muzaffar Raja Redzwa termasuk 11 muka baharu antara 23 individu yang mengangkat sumpah sebagai ahli majlis Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) hari ini.

Berlangsung di ibu pejabat pihak berkuasa tempatan berkenaan, kesemua mereka mengangkat sumpah jawatan masing-masing bagi penggal 2023 di hadapan yang dipertua MPHS.

Mohd Hasry Nor Mohd yakin ahli majlis baharu dapat membantu MPHS dalam menetapkan dasar-dasar baharu selaras dengan hala tuju Kerajaan Negeri serta menepati kehendak rakyat

“Besar harapan saya agar ahli majlis akan berkhidmat dengan ikhlas, mesra rakyat selaras dengan dasar mesra rakyat yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri,” katanya di Facebook.


Pengarang :