Wakil rakyat Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri ketika memantau pemasangan lampu solar LED di Jambatan Cendayu Pulau Indah pada 5 Oktober 2020. Foto Facebook Azmizam Zaman Huri
ADNSELANGOR

1,161 lampu solar LED dipasang sepanjang Lebuhraya Pulau Indah

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 11 JAN: Sebanyak 1,161 lampu diod pemancar cahaya (LED) berkuasa solar dipasang di sepanjang Lebuhraya Pulau Indah.

Wakil rakyat Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri berkata setakat ini sebanyak 531 tiang lampu siap dipasang di kawasan Pelabuhan Klang.

“571 unit sudah siap dipasang pada bulan Mei tahun lepas manakala baki 630 unit dalam perancangan untuk dipasang oleh cawangan kejuruteraan elektrik JKR Selangor.,” katanya ketika dihubungi.

Jelas beliau, susur Lebuhraya Pulau Indah menuju ke West Port tidak berlampu sebelum ini dan keadaan itu membahayakan pengguna terutamanya kenderaan kecil.

Menurut Azmizam, Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor kini dalam proses penilaian dan kajian bagi pemasangan dan piawaian lampu.


Pengarang :