Persembahan tarian oleh kumpulan Dua Space Dance Theatre memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina 2022 peringkat negeri yang disiarkan secara langsung di Facebook pada 1 Februari 2022. Foto Facebook Teng Chang Khim
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

120 artis jayakan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Selangor

SHAH ALAM, 25 JAN: Seramai 120 artis akan menjayakan majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada Sabtu ini.

Pada program bertemakan ‘Musim Bunga Kembali ke Khatulistiwa’ penghibur terbabit tampil dengan persembahan kebudayaan termasuk penyanyi bersuara soprano Evelyn Toh bermula 7 malam.

Persembahan itu dianjurkan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam dan hanya melibatkan kira-kira 1,200 tetamu jemputan selain turut menyediakan layar di dataran untuk menghiburkan tetamu awam.

Pada 16 Januari lalu, EXCO Industri dan Perdagangan Dato’ Teng Chang Khim berkata pihaknya menyasarkan kehadiran 10,000 tetamu ke sambutan itu.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor turut mempelawa orang ramai hadir pada program dari jam 3.30 petang sehingga 10.30 malam yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik.

“Jom datang beramai-ramai memeriahkan sambutan rumah terbuka sempena perayaan Tahun Baru Cina peringkat negeri Selangor.

“Pelbagai aktiviti menarik disediakan iaitu bazar jualan, pertandingan kaligrafi, persembahan kebudayaan dan bengkel seni kebudayaan Cina,” katanya.

Dijangkakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke majlis ini.


Pengarang :