Antara peniaga makanan dan minuman yang menyertai taklimat pengendalian makanan anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Auditorium MPK pada 11 Januari 2023. Foto Facebook MPK
PBTSELANGOR

1,200 peniaga sertai taklimat kendali makanan MPK

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 12 JAN: Seramai 1,200 peniaga makanan dan minuman dijangka menghadiri 20 sesi taklimat pengendalian makanan pada 9 hingga 20 Januari ini.

Majlis Perbandaran Klang (MPK) memaklumkan taklimat dikhususkan kepada mereka yang ingin berniaga di 40 tapak bazar Ramadan yang ditetapkan pihaknya.

“Program ini bertujuan meningkatkan tahap kesedaran serta menambahkan pengetahuan mereka mengenai kaedah pengendalian makanan yang bersih dan selamat.

“Sesi ini juga dapat membantu mengingatkan peniaga untuk memastikan tapak bazar sentiasa dijaga supaya berada di dalam keadaan bersih dan teratur,” katanya di Facebook.

MPK menjelaskan, program tersebut juga sebagai langkah proaktif mengurangkan atau mencegah kes keracunan makanan ketika Ramadan nanti.

“Sebanyak 2,229 petak perniagaan ditawarkan di 40 tapak bazar Ramadan tersebut,” jelasnya.


Pengarang :