Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat mengedarkan limau kepada penduduk memerlukan sempena Tahun Baharu Cina dalam satu majlis di Rawang pada 11 Januari 2023. Foto Facebook Chua Wei Kiat
ADNSELANGOR

200 warga Tionghoa B40 DUN Rawang terima bakul makanan sempena Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 20 JAN: Lebih RM15,000 diperuntuk untuk pengagihan bakul makanan dan limau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang sempena Tahun Baru Cina.

Wakil rakyatnya Chua Wei Kiat berkata sumbangan itu membabitkan 200 bakul makanan dan 300 kotak limau kepada warga Tionghoa yang memerlukan.

“Bakul makanan yang disediakan terdiri daripada barangan keperluan asas seperti beras, minyak, gula dan tepung yang digunapakai setiap hari oleh isi keluarga.

“Pemberian ini kita utamakan kepada mereka yang memerlukan terutama golongan B40 di kawasan kampung yang terlibat,” katanya ketika dihubungi.

Wei Kiat berkata rumah terbuka sambutan perayaan Tahun Baru Cina peringkat DUN Rawang dijadual berlangsung pada 28 Januari dan 5 Februari masing-masing di Pekan Rawang dan Batu Arang.


Pengarang :