Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide), Md. Arifin Jaafar menerima cek sumbangan daripada wakil Central Sugar Refinery Sdn. Bhd. (CSR), Mustafa Kamal Arifin baru-baru ini. Foto Facebook Yayasan Islam Darul Ehsan – Yide
AGENSISELANGOR

22 rumah anak yatim Yide terima sumbangan set kelengkapan sekolah

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 6 JAN: Sebanyak 22 rumah anak yatim di bawah seliaan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menerima sumbangan set kelengkapan sekolah bernilai RM212,000 daripada Central Sugar Refinery Sdn. Bhd. (CSR).

Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan Yide Md. Arifin Jaafar memberitahu sumbangan sempena program Jom ke Sekolah 2023 itu diserahkan oleh wakil CSR, Mustafa Akmal Arifin, baru-baru ini.

“Kerjasama Yide dan CSR diteruskan lagi tahun ini dan alhamdulillah telah masuk tahun ke-4.

“Yide mengucapkan terima kasih atas kecaknaan CSR dalam menyantuni anak-anak yatim,” kata beliau menerusi Facebook.

Menurut Md. Arifin, pada tahun ini sebanyak 1,201 orang anak anak yatim menerima manfaat kelengkapan Jom Ke Sekolah dan manakala 1,010 anak yatim lagi menerima manfaat tambahan tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Yide merupakan anak syarikat di bawah seliaan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang bertanggungjawab dalam pengurusan hal ehwal anak yatim, pengurusan musibah dan perkhidmatan hemodialisis.


Pengarang :