Sebahagian penerima hadir menebus baucar Jom Shopping sempena Tahun Baharu Cina di Pasar Raya Giant Kelana Jaya pada 15 Januari 2023. Foto Lim Yi Wei
ADN SELANGOR

222 penduduk DUN Kampung Tunku terima baucar beli-belah Tahun Baharu Cina

PETALING JAYA, 17 JAN: Seramai 222 masyarakat Tionghoa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampung Tunku menerima baucar Jom Shopping sempena Tahun Baharu Cina, Ahad lalu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kampung Tunku Lim Yi Wei berkata baucar bernilai RM200 itu diagihkan dalam satu majlis di Pasar Raya Giant Kelana Jaya.

“Seramai 274 orang sepatutnya menerima baucar tersebut namun hanya 222 yang hadir ke majlis berkenaan.

“Saya berharap penerima dapat memanfaatkan baucar itu sekali gus meringankan beban mereka terutamanya ketika musim perayaan ini,” katanya kepada Selangorkini hari ini.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM16.48 juta bagi program pemberian baucar Jom Shopping sempena perayaan yang akan memanfaatkan 82,400 penerima.

Ia dilaksanakan sempena tiga perayaan utama iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali bagi meringankan beban keluarga kurang mampu untuk membeli barangan keperluan.

Bermula tahun ini nilai baucar dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 berikutan situasi ekonomi dan keperluan rakyat.


Pengarang :