Datuk Bandar Shah Alam Dr Nor Fuad Abdul Hamid (tengah) berbual bersama enam ahlli majlis baharu selepas Majlis Angkat Sumpah dan Menandatangani Surat Akujanji Ahli Majlis MBSA di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 4 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

23 ahli majlis MBSA angkat sumpah, enam muka baharu

Oleh SOFIA NASIR

SHAH ALAM, 5 JAN: Seramai 23 ahli majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) termasuk enam lantikan baharu mengangkat sumpah jawatan semalam.

Lafaz sumpah jawatan yang berkuat kuasa 1 Januari hingga 31 Disember tahun ini dibaca di hadapan Datuk Bandar Shah Alam di Dewan Perbandaran, Wisma MBSA di sini.

Dr Nor Fuad Abdul Hamid berharap pelantikan berkenaan membantu memperkasa sistem penyampaian MBSA, selaras tiga teras utama dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Beliau menjelaskan tiga teras utama yang perlu dilaksanakan adalah Shah Alam sebagai bandar raya pintar, bandar raya berdaya huni dan kemakmuran bandar.

“Selain itu, diharapkan agar ahli majlis dilantik dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah serta membantu dalam memberikan pandangan untuk meningkatkan prestasi pentadbiran MBSA,” katanya.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han sebelum ini mengumumkan seramai 272 ahli majlis daripada 12 pihak berkuasa tempatan dilantik bagi penggal 2023.

Daripada jumlah itu, 28 peratus atau 76 pelantikan merupakan ahli majlis wanita.


Pengarang :