Yang Dipertua Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Rahilah Rahmat (tengah) bergambar bersama 23 ahli majlis selepas majlis angkat sumpah jawatan berkenaan bagi penggal 2023 di ibu pejabat MPKS di Kuala Selangor pada 3 Januari 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Kuala Selangor
PBTSELANGOR

23 ahli majlis MPKS angkat sumpah, tampil sembilan muka baharu

SHAH ALAM, 4 JAN: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) melantik sembilan muka baharu sebagai ahli majlis bagi penggal 2023 semalam.

Majlis angkat sumpah di hadapan Yang Dipertua MPKS Rahilah Rahmat di ibu pejabat pihak berkuasa tempatan itu turut disertai 14 ahli majlis lantikan semula.

“MPKS merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan tersebut dan berharap ahli majlis dilantik dapat melaksanakan tugas dengan komited serta berkhidmat dengan cemerlang dalam membangunkan Kuala Selangor,” katanya.

Sebelum ini, EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han mengumumkan seramai 272 ahli majlis 12 PBT dilantik dengan 28 peratus atau 76 orang daripadanya wanita.

Pelantikan mereka berkuat kuasa mulai 1 Januari selama setahun.


Pengarang :