Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Najmuddin Jemain (tengah) bergambar bersama ahli majlis selepas majlis angkat sumpah ahli majlis MPKj penggal 2023 di Menara MPKj, Hulu Langat pada 3 Januari 2023. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

24 ahli majlis MPKj angkat sumpah, empat muka baharu galas tugas

HULU LANGAT, 3 JAN: Seramai 24 ahli majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) termasuk empat lantikan baharu mengangkat sumpah jawatan hari ini.

Yang Dipertua MPKj Najmuddin Jemain berkata kesemua lantikan berkhidmat secara rasmi mulai 1 Januari hingga 31 Disember tahun ini.

“Semoga semua yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan cemerlang untuk masyarakat. Bagi muka baharu terutamanya, mereka perlu belajar dan cuba mendalami tugasan sebagai ahli majlis.

“Kita di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) sentiasa mengalu-alukan kehadiran mereka,” katanya selepas majlis angkat sumpah ahli majlis MPKj penggal 2023 hari ini.

Sebelum ini, EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han mengumumkan seramai 272 ahli majlis 12 PBT dilantik dengan 28 peratus atau 76 orang daripadanya wanita.

Pelantikan mereka berkuat kuasa mulai 1 Januari selama setahun.


Pengarang :