Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Najwan Halimi menyantuni warga emas ketika menyerahkan baucar Jom Shopping RM200 kepada 300 warga Tionghoa sempena Tahun Baharu Cina di Pasaraya Giants Seksyen 13, Shah Alam pada 15 Januari 2023. Foto Facebook Najwan Halimi
ADNSELANGOR

300 warga Tionghoa DUN Kota Anggerik terima baucar beli-belah RM200

SHAH ALAM, 19 JAN: Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik memperuntuk RM60,000 bagi bantuan Tahun Baharu Cina tahun ini.

Wakil rakyatnya Najwan Halimi berkata menerusi peruntukan itu, seramai 300 penduduk menerima baucar membeli-belah bernilai RM200 untuk membeli barangan persiapan perayaan.

“Sebelum ini baucar itu bernilai RM100 dan selepas beberapa tahun kita (wakil rakyat) mengutarakan dalam Dewan Negeri Selangor supaya jumlahnya ditingkatkan.

“Alhamdulillah pada belanjawan lepas, Dato’ Menteri Besar (Dato’ Seri Amirudin Shari) mengumumkan kenaikan daripada RM100 kepada RM200,” katanya.

Beliau ditemui selepas sesi penyerahan alatan perubatan ‘Automated External Defibrillators’ (AED) kepada pihak Hospital Shah di sini semalam.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (kanan) dan Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi (dua, kanan) menerima sijil penghargaan daripada Pengarah Hospital Shah Alam Dr Ruzita Othman selepas menyerahkan alatan perubatan AED di lobi Hospital Shah Alam pada 18 Januari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Najwan berharap dengan sumbangan berkenaan meringankan beban dan menceriakan warga Tionghoa untuk menyambut Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM16.48 juta bagi program pemberian baucar Jom Shopping sempena perayaan yang memanfaatkan 82,400 penerima.

Pemberian itu dilaksanakan sempena tiga perayaan utama iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali bagi meringankan beban keluarga kurang berkemampuan untuk membeli barangan persiapan perayaan.


Pengarang :