Ahli Dewan Negeri (ADN) Permatang Rozana Zainal Abidin bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kuala Selangor selepas menyampaikan sumbangan alat tulis pada 27 Januari 2023. Foto Facebook ROZANA ZAINAL ABIDIN
ADNBERITA UTAMASELANGOR

360 pelajar SPM di Permatang terima sumbangan alat tulis

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 28 JAN: Sebanyak 360 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima sumbangan alat tulis daripada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang semalam.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Permatang berkata daripada jumlah itu, 106 adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tiram jaya, SMK Agama Kuala Selangor (115) dan SMK Pengkalan Permatang (139).

“Sumbangan tahunan ini diberikan sebagai tanda sokongan kita kepada pelajar terlibat.

“Semoga kesemua mereka dapat menjawab peperiksaan dengan lancar dan berjaya cemerlang,” kata Rozana Zainal Abidin ketika dihubungi.

Beliau berkata sumbangan tersebut diserahkan menerusi lawatan ke sekolah bermula 8.30 pagi hingga 12 tengah hari.

“Sebelum penyampaian pelajar di SMK Tiram Jaya mengadakan solat hajat dan bacaan yasin sementara pelajar SMK Pengkalan Permatang menghadiri program motivasi di bawah kendalian Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung,” tambahnya.


Pengarang :