Petugas kesihatan Klinik Selcare melakukan ujian calitan ke atas peserta program Saringan Komuniti Covid-19 percuma anjuran Kerajaan Negeri di Dewan Alamanda Seksyen 20, Shah Alam pada 28 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

380 kes baharu Covid-19 dilaporkan, sembilan kematian semalam

SHAH ALAM, 11 JAN: Sebanyak 380 lagi kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 5,031,076 kes.

Data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow melaporkan, sembilan kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan dengan tiada kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Jumlah keseluruhan kematian akibat wabak tersebut kini berjumlah 36,892 kes.

Selain itu kes aktif Covid-19 mencatatkan 11,412 kes dengan 10,844 atau 95 peratus daripadanya merupakan individu yang dikuarantin di rumah, lapor Sinar Harian.

Seramai 542 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 26 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 11 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negeri yang mencatatkan kematian adalah lima di Kuala Lumpur, tiga di Selangor dan seorang di Melaka.

Sebanyak 542 pesakit Covid-19 masih menerima rawatan di hospital dengan 26 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.


Pengarang :