Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

39,323 kes tribunal tuntutan pembeli rumah selesai dari 2018 hingga 2022

PUTRAJAYA, 5 JAN: Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) telah menyelesaikan 39,323 kes melibatkan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan Tribunal Pengurusan Strata (TPS) dalam tempoh 2018 hingga 2022, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Menerusi kenyataan di sini hari ini, Nga berkata bagi tempoh itu sebanyak 7,202 kes melibatkan TPPR dan 32,121 kes pula membabitkan TPS.

“Kes yang diselesaikan ini termasuk kes tertunggak dari tahun sebelumnya.

“Pencapaian penyelesaian kes bagi TPPR dan TPS melebihi 95 peratus daripada kes yang didaftarkan sejak 2018 walaupun dalam tempoh pandemik COVID-19,” katanya yang mahu pencapaian itu diteruskan bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

TPPS yang terbahagi kepada dua kategori iaitu TTPR dan TPS berfungsi sebagai forum alternatif untuk menyelesaikan pertikaian mengenai perumahan antara pembeli rumah dengan pemaju perumahan serta hal berkaitan pengurusan strata secara mudah, murah dan cepat.

Dari segi pemfailan kes, Nga berkata 7,909 kes TPPR dan 31,364 kes TPS didaftarkan bagi tempoh sama.

– BERNAMA


Pengarang :