Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad (tengah) menyerahkan watikah pelantikan pendaftar dan penolong pendaftar perkahwinan di Dewan Syarahan dan Muzakarah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 10 Januari 2023. Foto Facebook Jabatan Agama Islam Selangor
AGENSISELANGOR

469 individu terima watikah pendaftar perkahwinan, permudah urusan nikah ahli kariah

SHAH ALAM, 15 JAN: Seramai 469 individu menerima watikah pelantikan pendaftar dan penolong pendaftar perkahwinan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 10 Januari lalu.

Berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, majlis penyerahan watikah berkenaan disempurnakan Pengarah Jais Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad.

“Watikah pelantikan pendaftar dan penolong pendaftar perkahwinan bagi tahun 2023 sehingga 2025 melibatkan pelantikan seramai 469 orang, menjadikan jumlah keseluruhan di Selangor adalah sebanyak 560 orang.

“Objektif utama pelantikan ini adalah untuk memudahkan ahli kariah berurusan bagi permohonan untuk berkahwin. penolong pendaftar perkahwinan adalah antara duta Jais diperingkat kariah yang telah mendapat tauliah dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor,” maklumnya di Facebook.


Pengarang :