Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir bergambar bersama penerima sumbangan Tahun Baru Cina daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Dewan MBPJ SS3/14 Taman Sentosa pada 11 Januari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

60 keluarga termasuk OKU terima sumbangan Tahun Baharu Cina daripada MBPJ

PETALING JAYA, 11 JAN: Sebanyak 60 keluarga menerima sumbangan RM250 daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sempena sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.

Datuk Bandar Petaling Jaya berkata mereka terdiri daripada ibu tunggal, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan golongan berpendapatan bawah RM2,000.

Menurut Mohamad Azhan Md Amir, kesemua mereka menetap di 24 zon termasuklah di Program Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, PPR Kota Damansara dan Desa Mentari.

“Ini adalah program tahunan MBPJ bagi setiap musim perayaan untuk menunjukkan perhatian dan kasih sayang kepada penduduk yang memerlukan. Kita tidak mahu mereka rasa tersisih,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan tersebut di Dewan MBPJ SS3/14, Taman Sentosa di sini hari ini.

Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir bergambar dengan sebahagian penerima sumbangan Tahun Baru Cina daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Dewan MBPJ SS3/14 Taman Sentosa pada 11 Januari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Mohamad Azhan berharap sumbangan berkenaan meringankan beban penerima untuk membuat persiapan bagi menyambut perayaan.

“Ini juga adalah satu daripada khidmat komuniti MBPJ kepada penduduk di Petaling Jaya,” katanya.


Pengarang :