ADN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah (kanan) menyerahkan beg makanan kepada penduduk kawasan itu sempena Tahun Baharu Cina pada 19 Januari 2023. Foto Facebook Ean Yong Hian Wah
ADNSELANGOR

700 keluarga dapat beg makanan sempena Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM, 20 JAN: Seramai 700 keluarga sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan menerima beg makanan sempena sambutan Tahun Baharu Cina hujung minggu ini.

Wakil rakyatnya Ean Yong Hian Wah berkata sumbangan bernilai RM20,000 itu meliputi 3,500kg beras dan
700kg daging khinzir yang diagih secara berperingkat.

“Sebanyak 700 keluarga menerima sumbangan itu dengan setiap daripadanya menerima satu kilogram daging khinzir dan lima kilogram beras,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, katanya, hiasan tanglung dibuat di jalan utama selain tanglung arnab bersaiz besar di kawasan rekreasi Jalan Kuyuh, Seri Kembangan untuk memeriahkan perayaan.

“Tanglung arnab itu dibuat menggunakan barangan kitar semula iaitu plastik PVC dan span mesra alam,” katanya menambah sambutan Tahun Baharu Cina di DUN itu diadakan 5 Februari depan.

 


Pengarang :