EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han (tengah) bergambar bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) dan ketua kampung ketika majlis ramah mesra bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung sempena Tahun Baharu Cina yang bakal tiba di Klang Executive Club, Klang pada 8 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

77 ketua kampung baharu nikmati kenaikan elaun RM1,500

SHAH ALAM, 8 JAN: Seramai 77 ketua kampung baharu atau bagan di negeri ini menerima manfaat kenaikan elaun bulanan kepada RM1,500 mulai Januari.

EXCO pembangunan kampung baru berkata inisiatif itu merupakan penghargaan terhadap peranan pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung yang banyak membantu penduduk serta komuniti setempat.

“Mereka menyampaikan maklumat pucuk pimpinan tertinggi negeri selain memastikan penduduk dalam keadaan sejahtera dan kekal aman.

“Dengan kenaikan ini, diharap ketua kampung dapat meneruskan perkhidmatan yang baik, amanah, bertanggungjawab dan berintegriti bagi membantu Kerajaan Negeri mencapai matlamat meningkatkan kesejahteraan rakyat,” kata Ng Sze Han.

Beliau berucap pada majlis ramah mesra bersama pengurusan komuniti kampung baharu, bagan dan tersusun hari ini.

Menerusi Belanjawan Selangor 2023, elaun ketua kampung tradisi, bagan serta komuniti India dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,500.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika mengumumkan perkara itu berkata kenaikan kadar terbabit melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM1.843 juta.


Pengarang :