Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media ketika program bantuan masuk sekolah ahli Tawas bagi sesi persekolahan darjah 1 tahun 2023 di Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak pada 29 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Agihan kerusi HARAPAN, BN jangka selesai Februari, tumpu gerak kerja akar umbi

SELAYANG, 29 JAN: Pengagihan kerusi antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional di Selangor dijangka selesai pada Februari.

Pengerusi HARAPAN Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkara itu segera dilakukan bagi menumpukan gerak kerja di peringkat akar umbi.

“Agihan kerusi kita sedang bincang dan jangka dalam Februari dapat diselesaikan. Sebolehnya kita tidak mahu ada pertembungan sesama Kerajaan Perpaduan.

“Kita faham masing-masing ada pandangan tersendiri tetapi akan dimuktamadkan di meja rundingan dan yakin keputusan dapat dibuat dengan harmoni,” katanya.

Terdahulu, beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) di Dewan Rakyat Batu Caves di sini, hari ini.

Berhubung pengagihan lantikan ahli majlis dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar memaklumkan perkara itu akan diputuskan selepas selesai perbincangan kerusi Dewan Negeri.

“Kita selesaikan dahulu kerusi Dewan Negeri sebelum berbincang hal-hal lain kerana ia boleh dilantik sebab ia merupakan kuasa kerajaan memerintah.

“Sekarang kita baru tubuhkan Kerajaan Perpaduan dan mahu tumpukan Pilihan Raya Negeri sebab ia misi lebih penting hendak diselesaikan,” katanya.


Pengarang :