Sebahagian penerima sumbangan barangan keperluan asas dan angpau daripada Air Selangor. Foto Facebook Air Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Air Selangor hulur sumbangan barangan keperluan asas kepada penghuni rumah kebajikan

SHAH ALAM, 21 JAN: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menyerahkan sumbangan barangan keperluan asas kepada penghuni di tiga rumah kebajikan sekitar Lembah Klang sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Maklum agensi itu penerima adalah dalam kalangan penghuni Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Kenang Budi di Petaling Jaya, Pusat Kebajikan Chester di Taman Wangsa Permai, Kuala Lumpur, dan Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Rumah Pelangi, Cheras.

“Selain memberi bantuan dan mengunjungi kesemua rumah kebajikan tersebut, kami turut memberi kanak-kanak yang mendiami Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan Rumah Pelangi barangan kelengkapan sekolah, pakaian harian dan paket angpau.

“Untuk memastikan kesemua penghuni tinggal di dalam keadaan selesa, kami juga akan memeriksa keadaan paip dalaman di rumah-rumah kebajikan ini,” katanya menerusi Facebook.

Menurut Air Selangor, sumbangan dilaksanakan menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sesama Mara.


Pengarang :