Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, angin kencang lima daerah di Selangor hingga 1 tengah hari

SHAH ALAM, 21 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang berlaku di Selangor membabitkan lima daerah sehingga jam 1 tengah hari.

MetMalaysia menerusi Facebook memaklumkan daerah berkenaan ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Cuaca buruk itu juga diramal berlaku beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Kuala Lumpur.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :